Monday, November 9, 2009

Sejarah PSS

Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Polo ditubuhkan dengan terbinanya bangunan sekolah pada tahun 1970. Pada masa itu, cuma Bilik Perpustakaan sahaja yang diadakan dan terletak di tingkat bawah bangunan Blok B dengan keluasan dua bays. Pada tahun 1977, Bilik Alat Pandang Dengar (APD) ditubuhkan dengan terbinanya bangunan Blok C. Bilik APD terletak di tingkat satu bangunan Blok C.

Pada tahun 2003, bilik Perpustakaan telah berpindah ke tingkat satu bangunan Blok C bersebelahan dengan Bilik APD. Pada tahun yang sama, Pusat Sumber Sekolah telah menyertai Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri dan telah memenangi Tempat Ketiga bagi Kategori Kawasan Bandar.
Gambar Sekolah