Tuesday, October 26, 2010


Pustakawan baru SMK Padang Polo yang dilantik sedang membaca ikrar di hadapan semua guru dan pelajar semasa perhimpunan pagi.

Seramai 12 orang pustakawan baru telah dilantik pada tahun 2010. Mereka telah menjalani tempoh percubaan lebih daripada 6 bulan. Pelantikan tersebut telah diadakan pada 25 Oktober 2010 di Dataran Kasih sekolah semasa perhimpunan pagi rasmi. Gambar di atas menunjukkan salah seorang pustakawan baru, Eshwari a/p Suppiah dari tingkatan 3 sedang menerima lencana pustakawan daripada pengetua sekolah, Pn. Noorzela Bt. Abu Bakar.

Book Garden dari Koperasi USM Berhad telah mengadakan satu pameran buku di sekolah pada 20 Oktober 2010 (Rabu) sempena program galakan membaca 2010/2011.