Tuesday, October 26, 2010

Seramai 12 orang pustakawan baru telah dilantik pada tahun 2010. Mereka telah menjalani tempoh percubaan lebih daripada 6 bulan. Pelantikan tersebut telah diadakan pada 25 Oktober 2010 di Dataran Kasih sekolah semasa perhimpunan pagi rasmi. Gambar di atas menunjukkan salah seorang pustakawan baru, Eshwari a/p Suppiah dari tingkatan 3 sedang menerima lencana pustakawan daripada pengetua sekolah, Pn. Noorzela Bt. Abu Bakar.